tahun 201o sudah melalui sekarang 2011 telah menjenguk diari kehidupan ku. Usia sudah melalui dengan cepat. diri ini masih menanti sesuatu yang belum kunjung tiba. ku harap tahun ini ada sinar menanti ku.
Masa berlalu dengan pantas. Ada yang berubah ada yang masih ketinggalan tidak kira sama ada sefgi amalan ibadah dan sifat fizikalnya. Jika direnung ditenung digapai memang tidak akan terungkap zahirnya. Bagi setiap insan yang mampu bersaing dan dengan iman yang kukuh dan teguh tidak mungkin akan terperosok di hujung zaman.
Jam baru kul10.30, awal lagi hendak tidur pun tetapi mata dah mula layu mengantuk. Layan tv rancangan 'runaway project'. Layan gak la tengok designer fesyen nih. Sambil cuci mata tengok model. hehe
Tengahari tadi aku keluar menikmati kenduri keqah dan korban sahabat baik aku sempena aidiladha dan kelahiran bayi perempuan sulungnya. 'Like Father Like Daughter' yang diberi nama Noor Syifa Amani Binti Azren Annuar. Tahniah sahabat ku!!!
Hari ini genap 2 hari aku dalam kesakitan. aku tidak berani hendak berjumpa atau pergi ke hospital kerana sakitnya di tempat sensitif. aku terfikir mungkin sebutir batu akan keluar melaluinya kerana sebelum ini aku penah alami situasi begini tapi alhamdulillah sihat dan aku juga penah melakukan pembedahan untuk penyakit ini. Ya Allah.....